Friday, June 5, 2009

Asal Mula Tulisan Jawa


Suatu ketika di Tanah Jawa, hiduplah seorang prabu, namanya Prabu Aji Caka. Konon beliau memiliki suatu pusaka, sayang sekali tidak pernah tertulis apa bentuk pusaka tersebut tetapi kita namakan sahaja pusaka ini sebagai tosan aji. Disamping memiliki pusaka yang ampuh, beliau juga mempunyai 2 orang pembantu beliau yang sangat setia.

Suatu saat sedang Prabu Aji Caka hendak melakukan perjalanan, beliau sempat berpesan secara diam-diam kepada salah seorang pembantunya agar menjaga pusaka yang beliau miliki dengan baik. Beliau berpesan agar jangan menyerahkan pusaka itu kepada sesiapapun kecuali beliau sendiri yang memintanya.

Prabu Aji Caka pun berangkat melakukan pengembaraan dengan salah seorang pembantunya dan seorang lagi pembantunya diamanahkan menjaga pusaka beliau di kediamannya (pesanggrahan) .

Dalam perjalanan pengembaraan, ternyata Prabu Aji Caka memerlukan pusaka yang ia tinggalkan di kediamannya, lalu diutuskan pembantunya yang melakukan pengembaraan bersama untuk mengambil pusaka di situ, sudah tentu pembantu yang ditugaskan menjaga pusaka tersebut menolak dan mempertahankan pusaka beliau sesuai dengan tugas atau pesan yang telah disampaikan oleh Prabu Aji Caka.

Setelah beliau menunggu cukup lama pembantu yang ditugaskan untuk mengambil pusaka tidak jugakembali, lalu beliau kembali ke kediaman nya dan beliau menemukan kedua pembantunya telah meninggal dunia.

Saat itulah beliau berkata "Hono caroko, doto sowolo, podo joyonyo, mogo botongo", yang bermaksud ada dua orang satria, saling bertempur, kedua-duanya sama-sama hebat, sama-sama kuat dan akhirnya sama-sama meninggal dunia.

Kata kata beliau inilah yang menjadi huruf Jawa kuno iaitu Ho, No, Co, Ro, Ko, Do, To, So, Wo, Lo, Po, Do, Jo, Yo, Nyo, Mo, Go, Bo, To, Ngo. Semuanya ada huruf 20, dan saat itulah diawali sebagai tahun 1 Caka.